Nuffnang

Monday, June 28, 2010

Salam..

Assalam...

Lama x post blog....
Hmm...macam-macam terjadi bulan ni...dah lah kawan aq dah meninggal sebab dia kena buli kat sekolah dia yang keluar surat khabar tu,tu lah budak SMK CLIFFORD Kuala Kangsar yang diaorang buli tapi aku rasa kalau diaorang masuk CLIFFORD mati lah diaorang tu...Mana tak nya dah budak tu baik(walaupun pernah pau aku tapi sikit je tak lah heran sangat tapi kalau aku kutuk dia,dia tak marah pun apakan pulak nak pukul aku..)Dia ni adalah harapan keluarga dia tapi Allah lebih sayangkan dia nak buat cam mana...So yang hidup ni kena lah teruskan kehidupan yang Allah berikan kepada kita dan banyakanlah amal ibadat supaya bila menghadap Allah nanti kita ada jawapan yang boleh jawab di depan Allah....Tadi kat sekolah aku dengar cikgu Sejarah(Cikgu Nizam Abd Karim)cerita kat kelas aku(kelas 4SG)tentang kematian Naim Mustakim...Ia berlaku disebabkan senior diaorang buat hukuman sebab apa itu aku tak tahu tapi Cikgu Sejarah aku cakap masa dia pergi kebumi arwah kat Baling,Kedah ayah dia peluk cikgu dengan erat sekali sebab ayah dia cakap NAIM tu lah harapan untuk mengubah nasib keluarga diaorang...Ayah dia ada juga cakap yang ayah dia nak NAIM jadi kapten siap ada driver kereta,helikopter masa dia berjaya nanti tapi hajat ayah dia tercapai tetapi dia balik masa dia meninggal..Sedih aku dengar cerita Cikgu aku tadi..Cikgu aku ada juga cerita yang ayah Naim peluk Amir(Budak Clifford jugak)lepas Amir cakap yang dia nak balik rumah tapi ayah Naim peluk Amir dengan erat dan berkata tak payahlah balik dan gantilah usaha Naim dan jangan lupakan Pakcik lepas berjaya nanti...Itu lah kata-kata seorang ayah kepada Amir supaya jangan berpatah balik sebab dia anggap Amir macam anak sendiri dan berharap Amir meneruskan usahanya dan jangan lupa diri setelah berjaya pada masa hadapan...Terharu aku mendengarnya ada juga rasa insaf sebab ayah orang lain menganggap kita sebagai pengganti anak dia..Amir aku harap kamu teruskan usaha yang kamu dan Naim buat dan jangan hancurkan hati orang lain yang dah harap kita ni sebagai anak dia...Hope kamu berjaya pada suatu hari nanti Amir untuk meneruskan perjuangan NAIM.....

Assalam
Muhamad_Zharif...

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa....

Assalam...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?

Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.

Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.

Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.

Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Oleh sebab itu kita harus lah menyayangi Ibu Bapa kita kerana mereka hanya sementara untuk mendidik kita supaya mengenali ISLAM dan ALLAH S.W.T....

Hope korang semua sayang akan ibu bapa korang....

Assalam...

Muhamad_Zharif...