Nuffnang

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa....

Assalam...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?

Rasulullah s.a.w bersabda: Ibumu.

Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.

Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu.

Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.

Oleh sebab itu kita harus lah menyayangi Ibu Bapa kita kerana mereka hanya sementara untuk mendidik kita supaya mengenali ISLAM dan ALLAH S.W.T....

Hope korang semua sayang akan ibu bapa korang....

Assalam...

Muhamad_Zharif...

No comments:

Post a Comment